Tuesday, 13 September 2011

Family in Saudi (1)...Ziarah Mekah 3 Jun 2011

Ziarah Mekah bersama dengan Ustaz Meor yang masih menetap di Mekah sementara menunggu isteri beliau tamat pengajian di Unversiti Umm Al-Qura.
Di hadapan Jabal Thur

Di hadapan Universiti Umm Al-Qura, Mekah.

Dihadapan masjid padang Arafah

Di kaki bukit Jabal Rahmah

Di puncak bukit Jabal Rahmah

Abah dan mama di puncak Jabal Rahmah
Di kaki bukit Jabal Rahmah

Ain Nazurah, Amira Syakirah & Zaki menaiki unta

Amira dan Muhammad Zaki

Di hadapan Masjid Muzdalifah

Lautan khemah jemaah Haji di Mina

Tempat melontar di Mina

Di hadapan Jabal Hira' 5km dari Baitullah


Family in Saudi (1)...Umrah di Mekah

Tiba di Mekah waktu tengahari dan terus check in di Hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Kegembiraan jelas terbayang diwajah masing-masing yang baru pertama kali menjejakkan kaki di bumi Mekah dan seterusnya dapat menunaikan umrah.
Di hadapan Baitullah

Abah dan Muhammad Zaki

Ain Nazurah

Amira Syakirah

Ketika mengerjakan Sai antara Safa dan Marwah

Abah, Mama, Ain dan Amira

Kakak dan Ain ketika Sai

Kakak dan Ain di hadapan Baitullah

Mama

Abah bersama anak-anak sedang mengaji

Makan di restoran Malaysia D'Saji di Safwah Towers

Dihadapan Baitullah


Muhammad Zaki

Muhammad Zaki

Muhammad Zaki

Muhammad Zaki



Monday, 12 September 2011

Family in Saudi (1)....Perjalanan ke Mekah pada 31 Mei 2011

Memulakan perjalanan ke Mekah dari Al-Lith sejauh 160km pada 31 Mei 2011. Melalui pengalaman menarik menempuh ribut pasir sepanjang perjalanan selama hampir dua jam. Umrah yang pertama kali untuk Alya Syafiqah, Ain Nazurah, Amira Syakirah dan Muhammad Zaki.
Muhammad Zaki sedang memakai Ihram
Pertama kali Zaki dengan pakaian Ihram

Unta melintas jalan dalam perjalanan ke Mekah

Menempuh ribut pasir menghampiri Miqat Yalamlam

Berhenti sembahyang sunat umrah di Miqat Yalamlam

Di dalam perjalanan ke Mekah

Abah sedang memandu kereta (left hand drive)

Sempadan tanah haram 25km sebelum sampai ke Masjidil Haram

Pertama kali anak-anakku menjejakkan kaki di Masjidil Haram


 

Family in Saudi (1)...Depart & Arrival on 29 May 2011

Mengimbas kembali kedatangan keluarga ke Jeddah ketika cuti sekolah penggal kedua yang lepas. Bertolak dari KLIA pada 28 Mei 2011 (Sabtu) melalui penerbangan Cathay Pacific KL-Hong Kong-Abu Dhabi-Jeddah. Sampai di Jeddah pada hari Ahad, 29 Mei 2011.
Mama, Ain Nazurah dan Amira Syakirah Bersama Abang Izan di KLIA


Mama dan Alya Syafiqah di KLIA

Amira Syakirah & Muhammad Zaki

Alya Syafiqah & Ain Nazurah

 Sampai di Airport Jeddah pukul 10pg 29 Mei

Memunggah beg ke dalam kereta

Salah satu kediaman exclusive di kawasan ladang
Penempatan exclusive di kawasan ladang menghadap laut merah

Abah, Mama, Kakak, Ira dan Zaki 

Amira Syakirah & Muhammad Zaki berehat di lounge exclusive

 Abah & Mama di penempatan bungalow
Keluarga ceria di penempatan bungalow
Mama di pejabat Abah

Kakak di pejabat Abah

Abah & Mama di hadapan klinik di ladang

Tuesday, 5 July 2011

Tahlil dan Kenduri Arwah Bapa

Telah ditakdirkan pada kira-kira pukul 3.00 ptg 28 Jun 2011, arwah bapaku telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua. Kematiannya telah disahkan oleh jururawat desa yang kebetulan sampai ke rumah pada pukul 3.15 ptg untuk membuat pemeriksaan kesihatan berkala. Arwah selamat di kebumikan pada pukul 6.30 ptg hari yang sama.
Ketika meninggal, arwah berumur 88 tahun dan telah terlantar selama hampir enam bulan akibat sakit tua. Sepanjang tempoh tersebut jururawat desa sering datang ke rumah untuk membuat pemeriksaan kesihatan berkala. Arwah menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis sebelum meninggal dunia.
Aku mendapat berita tersebut pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan Saudi atau 3.30 ptg waktu Malaysia selepas habis mempengerusikan satu mesyuarat mingguan projek dan sedang dalam perjalanan ke pusat pengeluaran Nauplii. Aku terpaksa berpatah balik semula dan terus ke pejabat Human Resources untuk menguruskan tiket penerbangan balik ke Malaysia. 
Aku menaiki pesawat MAS untuk penerbangan balik pada pukul 6.15 petang waktu Saudi dan sampai ke KLIA pada pukul 9.00 pagi keesokan harinya, 29 Jun dan seterusnya sampai ke kampong di Batu Pahat, Johor pada pukul 2.00 ptg waktu tempatan.
Telah menjadi amalan tradisi penduduk kampong tahlil dan kenduri arwah akan di adakan di rumah keluarga si mati selama tujuh malam berturut-turut. Walaubagaimanapun tempoh kenduri tersebut telah dipendekan kepada hanya tiga malam sahaja sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kesibukan tugas penduduk kampong. Juadah Nasi ambeng merupakan hidangan tradisional yang selalu dihidangkan dalam setiap majlis kenduri di kebanyakkan masyarakat keturunan Jawa di negeri Johor.
Kedatangan para jemaah terdiri dari orang kampong

Menikmati hidangan nasi Ambeng selepas bacaaan tahlil

Pak Imam akan menyempurnakan juadah terlebih dahulu

Baki yang tidak habis dimakan akan di bawa pulang sebagai "Berkat"

Pembahagian "Berkat" dengan bahagian yang sama rata

Nasi Ambeng dengan lauk ayam masak kicap dan sambal tempe goreng

Hidangan yang telah habis dimakan

Demikianlah kitaran sebuah kehidupan. Setiap yang hidup akan kembali semula menghadap penciptaNya apabila sampai masanya sebagaimana yang telah ditentukan sejak dari azali lagi. Hanya golongan yang beriman dan bertakwa sahaja akan mendapat pertolongan semasa di alam barzakh dan alam akhirat nanti.