Tuesday 11 October 2011

Panduan dan Peraturan Mengerjakan Haji 2011

Pengenalan

Mengerjakan Haji di Mekah adalah rukun islam yang kelima yang wajib dilakukan sekali seumur hidup berdasarkan kepada kemampuan dan syarat tertentu. Mampu adalah syarat wajib haji. Seseorang yang meninggal dunia sebelum mampu untuk menunaikan haji maka gugurlah fardu haji daripadanya. Sebaliknya tuntutan haji tidak akan gugur apabila seseorang itu meninggal dunia setelah berkemampuan untuk melakukannya. Keluarganya wajib menunaikan haji untuknya dengan harta peninggalannya sama ada dia meninggalkan wasiat atau tidak.

Jenis-Jenis Haji
  1. Haji Ifrad - Haji dan Umrah di buat berasingan. Buat haji dulu baru umrah atau sebaliknya
  2. Haji Tamattu' - Buat Umrah dulu baru buat haji untuk megelakkan Ihram terlalu lama, kena dam
  3. Haji Qiran - Berniat untuk mengerjakan ihram haji dan umrah sekaligus, kena dam 
Perlaksanaan setiap dari jenis haji tersebut adalah bergantung kepada keupayaan dan tempoh masa berada di Mekah sepanjang bulan haji. Bagi jemaah haji yang tiba seawal bulan Zulkaedah melalui penerbangan awal, mereka akan melakukan Haji Tamattu' untuk mengelakan dalam keadaan Ihram terlalu lama, tetapi kena dam dengan menyembelih seekor kambing. Manakala bagi jemaah yang tiba lewat, mereka boleh memilih haji Ifrad dengan syarat telah melakukan umrah terlebih dahulu atau sempat melakukan umrah sebelum penerbangan balik. Sebaik-baik haji ialah haji Ifrad.

Rukun Haji 
  1. Ihram
  2. Wukuf di Arafah
  3. Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji
  4. Sa'i Haji
  5. Tahallul atau Bercukur
  6. Tertib
Wajib Haji
  1. Niat Ihram
  2. Bermalam (mabit) di Muzdalifah
  3. Bermalam (mabit) di Mina pad 3 hari tasyrik 11,12 & 13 Zulhijjah
  4. Melontar tiga jumrah (Ula, Wustha & Aqabah) pada 3 hari Tasyrik
  5. Tahallul atau Bercukur
  6. Tawaf Wada' atau Tawaf selamat tinggal
  7. Meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan dalam Ihram
Rukun haji ialah sesuatu perbuatan yang apabila tidak dilakukan akan menyebabkan haji seseorang tidak sah dan perbuatan tersebut tidak boleh digantikan dengan dam. Manakala wajib pula adalah sesuatu yang mesti dilakukan, namun sahnya haji tidak pula bergantung kepadanya, kerana ianya boleh digantikan dengan dam.

Pelaksanaan Haji Ifrad

Walaupun bulan haji bermula dari bulan syawal hingga zulhijjah, waktu sebenar pelaksanaan haji adalah bermula dari 8 Zulhijjah (hari tarwiyah) sehingga 13 Zulhijjah (hari ketiga tasyrik). Bagi penduduk atau pemegang permit residen Arab Saudi, mereka hanya akan melakukan haji Ifrad bermula seawal 7 Zulhijah sehingga habis melakukan tawaf wada'. Perlaksanaan haji Ifrad adalah seperti berikut;

7/8 Zulhijjah - Sebelum dan semasa di Baitullah
  • Ihram Haji di Miqat (Rukun)
  • Tawaf Qudum (Sunat)
  • Sa'i Haji (Rukun)

8 Zulhijjah (hari tarwiyah) - Berangkat ke Mina selepas gelincir matahari waktu zuhur dan bermalam di Mina.

9 Zulhijjah - Berangkat ke Arafah selepas terbit matahari dan berwukuf di Arafah sehingga terbenam matahari
  • Wukuf di Arafah (Rukun)
Berangkat ke Muzdalifah setelah terbenam matahari dan berada di sana sehingga selepas tengah malam. Disyaratkan untuk mengutip 70 biji batu ketika mabit di Muzdalifah
  • Mabit di Muzdalifah (Wajib)
Bertolak ke Mina selepas tengah malam dan sampai di Mina sebelum subuh 10 Zulhijjah atau bertolak ke Mina selepas subuh 10 Zulhijjah dan sampai sebelum gelincir matahari bergantung kepada jadual mutawwif masing-masing.

10 Zulhijjah (Hari Nahar @ Hari Raya Qurban) - Melontar batu 7 biji (Jumrah Aqabah), Tahallul Awal dan berkorban semasa di Mina. Berkorban hanya sunat muakkad bagi haji Ifrad
  • Melontar Jumrah 'Aqabah (Wajib)
  • Tahallul @ Bercukur (Rukun)
  • Korban (Sunat Muakkad)
  • Sekiranya sempat pergi ke Mekah untuk Tawaf Ifadah, iaitu bagi jemaah yang meninggalkan Muzdalifah selepas tengah malam. Mesti kembali ke Mina sebelum terbenam matahari.
  • Bermalam di Mina pada malam 11 Zulhijjah (Wajib)

11 Zulhijjah (Hari Tasyrik) - Melontar 21 biji batu untuk 3 Jumrah. Waktu melontar dari gelincir matahari (waktu zuhur) sehingga waktu subuh esok harinya.
  • Melontar Jumrah Ula, Wustha & Aqabah (Wajib)
  • Bermalam di di Mina pada malam 12 Zulhijjah (Wajib)

12 Zulhijjah (Hari Tasyrik) - Melontar 21 biji batu untuk 3 Jumrah. Waktu melontar dari gelincir matahari (waktu zuhur) sehingga waktu subuh esok harinya.
  • Melontar Jumrah Ula, Wustha & Aqabah (Wajib)
  • Bermalam di di Mina pada malam 13 Zulhijjah (Wajib)
  • Atau meninggalkan Mina selepas melontar Jumrah sebelum terbenam matahari (Nafar Awal)

13 Zulhijjah (Hari Tasyrik) - Melontar 21 biji batu untuk 3 Jumrah. Waktu melontar dari gelincir matahari (waktu zuhur) sehingga terbenam matahari (waktu maghrib)
  • Melontar Jumrah Ula, Wustha & Aqabah (Wajib)
  • Meninggalkan Mina selepas terbenam matahari (Nafar Thani) dan menuju ke Mekah
  • Tawaf Ifadah (Rukun) - Sekiranya belum melakukan pada 10 Zulhijjah
  • Buat Umrah sekiranya belum membuatnya dengan keluar ke Tana'im untuk Miqat Ihram
  • Tawaf Wada' (Wajib) - Sebelum meninggalkan Mekah untuk kembali ke kediaman masing2.
Tatacara perlaksanaan haji Ifrad tersebut dibuat dengan kaedah yang ringkas dan mudah difahami hasil rujukan dari beberapa buah buku panduan mengerjakan Haji, Umrah dan Ziarah.

Kawasan di Padang Arafah

Berhampiran dengan Muzdalifah

Khemah jemmah Haji di Mina

Tempat melontar Jumrah di Mina

Hari wukuf pada tahun ini (2011) akan jatuh pada hari Sabtu 5 November manakala hari raya Qurban pada keesokkan harinya hari Ahad 6 November. InsyaAllah kami akan bersama-sama jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia mengerjakan haji pada tahun ini.

Sekian, salam hormat dari penulis Zainal Samsi Jeddah Saudi Arabia.

Friday 7 October 2011

HAJ 2011 FROM SAUDI

Haj for this year is expected to fall from 6th to 9th Nov 2011 (10th to 13rd Zulhijjah 1432). Muslims from all around the world have even started their first flight right from end syawal, 28th Sept. Malaysian muslims are also in the path too, via Tabung Haji services as usual. This year Malaysian contributes 28,000 pilgrims about 0.1% from principle quota set by the Saudi govt. It is estimated that 1 million malaysian are queing up for Haj with Tabung Haji and need to wait for 40 years before reaching the front line!!! MasyaAllah.

Malaysian residence in Saudi are even or much much better. They can perform Haj if they want laa once in every 3 years with legal documents or each year with some risks!! They normally pay haj service provided by local muttawa ranging from 3,000 rials per head with valid Tasrih (haj permit) or just only spend between 200 to 500 rials for transportion cost without having valid tasrih. They might be stopped ahead from entering tanah haram at the check points if found without valid tasrih, but millions of crowds are dificult to carry thorough checks!!!!

The process for applying tasrih is just a simple things. Get endorsement from the sponsor and submit the paper with the copy of passport, residence permit (Iqama) and vaccination card. As long as you're still with valid Iqama, you can apply Tasrih anytime with your spouse and all family members before 15 Oct...... However, human is always human. Everyone likes to go for lowest or cheapest options regardless the risks they have to deal with....Bak kata orang lama, lagi susah lagi banyak dapat pahala.