Assalamualaikum,
Blog Tukar Tayar ini telah secara rasminya dibuka pada 16 April 2011. Tukar Tayar telah dipilih secara persetujuan bersama dengan ahli keluarga untuk mengimbas kembali kenangan semasa tayar kereta MPV sebelah belakang pecah ketika dalam perjalanan dari Segamat ke Temerloh pada bulan Mac yang lepas. Semasa kejadian tersebut, semua ahli keluarga telah menghulurkan bantuan masing-masing sehingga tayar yang pecah telah berjaya ditukar dengan tayar spare dan berjaya meneruskan perjalanan semula sehingga selamat sampai ke Temerloh.
Terima kasih kepada isteri dan anak-anakku yang telah membina blog ini bagi pihak diriku yang berada beribu batu diperantauan. Blog ini adalah blok peribadi untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dengan semua pengunjung. Segala ulasan, pandangan dan nasihat dari pengunjung yang sudi menjenguk blog ini adalah dialu-alukan.
Salam dari Zainal Samsi, Jeddah Saudi Arabia

No comments:
Post a Comment