Saturday 17 September 2011

Hari Raya ke-2 di Singapura 31 Ogos 2011

Hari ini Rabu, 31 Ogos adalah hari sambutan kemerdekaan Malaysia. Hari ini juga merupakan hari raya yang kedua, masih dengan sambutan yang cukup meriah. Pada hari raya yang ke-2 ini, kami telah mengunjungi keluarga sepupu sebelah isteri di Johor Bahru dan Singapura.

Rumah pertama yang dikunjungi ialah rumah Suzila Hashim di Gelang Patah, Johor, anak kepada Kak Ibah sepupu kepada Noraini. Seterusnya kami bertolak ke Singapura untuk ke rumah Kak Ibah di Serangoon, Kak Ijah di Tampines, Abang Aziz di Pasir Ris, seterusnya ke Sengkang dan persinggahan terakhir di Woodlands sebelum bertolak balik dan sampai di Air Hitam selepas tengah malam.
Di rumah Suzila Hashim di Gelang Patah, Johor Bahru

Suzila dan Suami bersama Kak Nor, Kak Idah dan Abang Zali

Di hadapan rumah Suzila

Di rumah Kak Ibah dan Abang Hashim di Serangoon, Singapura

Makan, makan dan makan

Bersama Abang Zali, Kak Nor & Kak Idah di depan rumah Kak Ibah

Di rumah Kak Ijah di Tampines, Singapura

Makan, makan dan makan

Di rumah abang Aziz di Rasir Ris, Singapura

Di Sengkang, Singapura

Di Rumah keluarga Kak Rina dan Abang Izan di Woodlands


No comments:

Post a Comment