Tuesday, 21 June 2011

Percutian Keluarga di Arab Saudi

Sudah agak lama aku tidak mengupdate blog tukar tayar ini. Agak sukar juga untuk kembali ke asal setelah keluarga pulang semula ke tanahair pada minggu lepas. Dari suasana yang hiruk pikuk, tetiba aku kembali sendiri dan sunyi seperti sebelum kedatangan mereka.
Selama dua minggu bermula dari 29 May hingga 12 Jun, isteri Ustazah Noraini bersama anak-anak, Alya Syafiqah, Ain Nazurah, Amira Syakirah dan Muhammad Zaki telah tinggal bersama di kawasan ladang di Al-lith, 160km ke selatan Jeddah. Selama dua minggu juga jadual kami agak padat dengan kunjungan ke Mekah dan Madinah di samping melawat kawasan ladang dan pekan-pekan yang berhampiran.





Percutian yang sungguh happy dan menyeronokkan!!!!!!!!!!

Friday, 27 May 2011

ZIARAH MADINAH

Hari ini jumaat, 27 Mei 2011 aku berkesempatan untuk menziarahi Masjid Nabawi dan makam Rasulullah di Madinah bersama-sama dengan rombongan bas syarikat. Setiap bulan pihak syarikat akan memperuntukkan satu kali rombongan ke Madinah dan tiga kali rombongan ke Mekah atau satu rombongan pada setiap hujung minggu yang terbuka kepada kakitangan dengan sedikit bayaran. 
Kami bertolak pada pukul 1.30 ptg selepas sembahyang zuhur pada hari khamis dan sampai di Madinah pada pukul 8.30 mlm selepas menempuh perjalanan sepanjang 600km dengan hanya satu perhentian rehat.
Bas yang disewa oleh NPC

Seperti kebiasaannya Masjid Nabawi sentiasa penuh dengan para pengunjung dari pelusuk dunia, namun para jemaah pada hari ini kebanyakkannya datang dari Iran, Turki dan Malaysia dilihat dari banner yang terpampang dalam kelompok masing-masing

Masjid Nabawi pada waktu subuh

Di hadapan makam Rasulullah
  
Satu objek misteri di atas bumbung makam Rasullullah

 Suasana selepas sembahyang Jumaat


Tempat-tempat bersejarah lain yang perlu dilawati di Madinah ialah perkuburan Baqek, masjid Quba', masjid kiblatain dan perkuburan uhud.
Perkuburan Bakek yang menempatkan Aisyah dan Para Sahabat

Mimbar Masjid Quba'

Di puncak bukit Uhud

Catatan Dari Madinah Al-Munawarah, Jumaat 27 Mei 2011

Friday, 20 May 2011

Umrah Lagi......

Hari in jumaat, 20 Mei 2011 aku berkesempatan sekali lagi untuk mengerjakan umrah di Baitullah Mekah bersama Haji Zuraimi. Umrah kali ini kutujukan kepada arwah bapa mertua Allahyarham Haji Surif bin Sulaiman semuga diberikan keluasan, ketenangan dan cahaya terang benderang di dalam kuburnya, InsyaAllah.

Seperti kebiasaannya, Baitullah pada kali ini juga amat sesak dengan ramai pengunjung  dari seluruh pelusuk dunia terutamanya dari Turki, Pakistan, India, Indonesia dan juga Malaysia. Aku bertolak dari Al-Lith pada pukul 4.45 pagi iaitu sesudah solat subuh dan sampai di tanah haram seawal 7.00 pagi.
Waktu siang pada musim panas di Mekah agak panjang iaitu bermula dari matahari terbit pada pukul 5.40 pagi sehingga matahari terbenam pada pukul 6.55 ptg, sementara waktu subuh pula seawal 4.15 pagi. Waktu Subuh akan menjadi lebih awal apabila musim panas sampai ke kemuncaknya pada bulan Julai/Ogos/September nanti.

Sebelum dan selepas sembahyang Jumaat aku berkesempatan bertemu dengan dua orang rakan yang ku kenali semasa bekerja di Dubai dulu iaitu Saudara Haza Helmy dan Saudara Amran bersama isteri masing-masing. Haza datang mengerjakan Umrah dengan rombongan Andalusia sementara Amran bersama rombongan dari Singapura. Amran adalah rakyat Singapura tetapi telah berkahwin dengan rakyat Malaysia dari Mersing, Johor. Haza adalah jiranku semasa kami tinggal di Gold Souk di Al-Raffa, Dubai dan selalu menjemputku untuk makan masakan Malaysia bila ada masa kelapangan.

Sebelum berangkat pulang semula ke Al-Lith, aku telah menempah bilik Hotel di Mekah selama 3 hari pada 31/5, 1/6 dan 2/6 sebagai persediaan apabila isteri dan anak-anakku berkunjung ke Jeddah selama dua minggu pada cuti sekolah awal bulan Jun nanti. Selain Mekah, kami juga akan berkunjung ke Madinah dari 5 hingga 9 Jun, InsyaAllah. Untuk tujuan itu, aku akan ke Madinah pada 26 Mei nanti untuk menempah hotel yang sesuai selama seminggu untuk keluarga besar kami.
Catatan dari Masjidil Haram, Mekah 20 Mei 2011.

Pengaruh Ekonomi Kapitalis

Harga gula dah naik dan harga bahan bakar minyak petrolium telah naik dan akan naik lagi. Harga leterik akan naik tidak lama lagi. Malah seribu satu macam harga barang barang keperluan yang lain telah, akan dan sedang naik harga. Apa sahaja barangan konsumer yang bersangkutan dengan gula dan bahan bakar minyak petrolium pasti akan naik dan telahpun naik.

Orang ramai pasti ingin tahu apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Kenapa harga barang keperluan naik. Kenapa dahulu harga murah dan sekarang naik. Apa yang menyebabkan barang naik. Kenapa ianya naik pada ketika ini.

Untuk memahami semua persoalan ini kita wajib memahami sistem ekonomi kapitalis. Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Dalam dunia ini ada dua sistem ekonomi. Satu sistem ekonomi kapitalis dan satu lagi sistem ekonomi sosialis.

Sistem ekonomi kapitalis berpaksikan keuntungan maksima. Apa sahaja projek, dasar pembangunan atau kaji selidik yang dilakukan semuanya berkiblatkan keuntungan maksima. Kapitalisma tidak ada agama dan tidak ada bangsa. Di Saudi Arabia kapitalisma beragama Islam. Di Itali kapitalisma beragama Katholik. Di India kapitalsima beragama Hindu. Di China kapitalisma tidak beragama. Yang penting untuk kapitalisma ialah untung bukan agama atau bangsa.

Sistem sosialis berpaksikan kebajikan ramai. Keuntungan bukan jurupandu sosialisma. Pembangunan dibuat bukan untuk kroni atau untuk mencari untung tetapi untuk kebajikan umum. Dalam sistem ekonomi sosialis semua punca punca pengeluaran dan bahan keperluan asas untuk warga seperti air, udara, hospital, makanan, pengangkutan, leterik atau jalan raya dimiliki oleh kerajaan. Keuntungan tidak dijadikan juru ukur atau tangga kejayaan. Kesejahteraan awam diutamakan.

Sistem ekonomi kapitalis ini telah dipaksakan ke atas Malaysia. Pada satu ketika dahulu air, api, hospital , jalan raya, sistem penerbangan awam – semuanya milik rakyat. Hari ini satu demi satu harta orang ramai ini telah dijual kepada kaum pemodal yang kaya dan berduit. Penjualaan harta orang ramai kepada milik persendirian ini dinamakan penswastaan.

Dasar penswastaan ini adalah satu strateji kaum pemodal untuk menaklok dan menguasai punca punca ekonomi yang dimiliki oleh orang ramai. Cara mengambil alih harta orang ramai ini bukan satu pekara yang susah untuk dilakukan.

Kaum pemodal dan kaum kapitalis telah memberikan dana dan sokongan kepada ahli ahli politik. Kaum pemodal dan para kapitalis telah menaja ahli-ahli politik yang akan menyokong dasar penswastaan. Apabila parti dan ahli-ahli politik ini menang pilihanraya maka kerajaan baru ini terus memperkenalkan dasar penswastaan. Inilah caranya dasar penswastaan diperkenalkan di United Kingdom oleh Parti Konservatif Margaret Thatcher satelah mengalahkan Parti Buruh.

Di Malaysia agak berbeza - penswastaan diperkenal melalui Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru ini cuba melahirkan kaum kapitalis Melayu. Justeru banyak syarikat kerajaan - harta orang ramai - telah difaraidkan. Pada dasarnya difaraidkan kepada orang Melayu dan bumiputera. Tetapi akhirnya semuanya diambil alih oleh para cukong yang memiliki modal yang lebih ampuh.

Hari ini api leterik, gula, beras, minyak makan, tepong, jalan raya, universiti, hospital – yang pada satu ketika dahulu dikawal atau dimiliki oleh syarikat milik kerajaan kini telah sekali lagi diambil alih oleh kaum pemodal. Kalau dahulu perkhidmatan menjadi tulang belakang dan iman syarikat dan lembaga ini. Dengan penswastaan rukun iman kaum pemodal ialah keuntungan maksima. Khidmat yang diberikan wajib mendapat pulangan yang menguntungkan.

Justeru kerana itu satu demi satu barang-barang keperluan kita dinaikan harganya. Tuan empunya syarikat, tuan empunya kilang dan para pengedar tidak pernah mahu keuntungan mereka turun. Dalam masa yang sama kerajaan tidak lagi dapat berbuat apa apa kerana syarikat ini bukan lagi milik orang ramai. Untuk memedihkan cerita – para menteri dan kaum keluarga mereka juga memiliki saham dan kepentingan dalam syarikat ini.

Mereka yang membuat dasar penswastaan memiliki kepentingan dalam syarikat yang diswastakan. Malah perjanjian antara kerajaan yang menjualkan harta orang ramai ini masih menjadi rahsia. Apa yang kita diberitahu ialah syarikat syarikat ini berhak - kerana perjanjian – untuk menikkan harga mungkin setiap tahun atau mungkin setiap dua tahun. Kita tidak tahu kerana perjanjian ini masih satu rahsia dibawah Akta Rahsia Kerajaan.

Sistem ekonomi kapitalis negara kita ini juga berkait rapat dengan ekonomi kapitalis sedunia. Turun naik harga barangan di negara luar akan juga mempengaruhi harga barangan dalam negara kita. Ini kerana sistem ekonomi kita telah diikat. Cara kita diikat ialah melalui nilai ringgit yang diukur mengikut nilai dolar. Kita juga – malah seluruh dunia - dipaksa menggunakan dolar Amerika dalam hal jual beli minyak dan ekspot impot.

Pada ketika ini Amerika sedang berperang dengan rakyat Iraq, Afghanistan, Pakistan dan tidak lama lagi dengan rakyat Iran. Perang telah membawa musibah yang maha sangat ke atas ekonomi Amerika. Pada hari ini ekonomi Amerika dalam keadaan lintang pukang.

Ketika ini pengangguran ditahap paling tinggi dalam sejarah Amerika. Kilang-kilang banyak yang ditutup. Berpuluh puluh bank besar dan kecil jatuh muflis. Rumah-rumah banyak yang diambil kembali oleh bank kerana gagal membayar hutang pinjaman. Semakin ramai warga tidor dalam kereta atau merempat. Suasana zaman meleset tahun 1929 telah berulang sekali lagi di Amerika.

Kerajaan Amerika perlu mencari dana untuk menampung perbelanjaan perang. Perang di Iraq memerlukan satu bilion dolar sehari. Hakikatnya pada hari ini Amerika Syarikat telah lama jatuh bangkrap.

Justeru untuk mengapongkan Amerikan dari tenggelam, kerajaan Amerika telah meminjam duit dari Federal Reseve. Caranya cukup senang. Federal Reserve telah mencetak duit dan mengagihkan duit ini kepada kerajaan Amerika. Hutang pinjaman ini akan dibayar oleh warga Amerika. Dengan kekuatan bala tentera kuasa imperial Amerika telah memaksa negara negara kapitalis yang lain termasuk Malaysia untuk menggunakan dolar ini – dolar yang tidak memiliki apa-apa nilai. Selain dari nilai takut – takut digudam oleh bala tentera Amerika.

Perang yang berterusan ini masih tidak nampak pintu damai dan sedah memerosotkan nilai dolar. Apabila nilai dolar merosot maka barang yang kita ekspot bertambah murah. Dalam masa yang sama barang yang kita beli bertambah mahal. Minyak yang kita jual juga menjadi murah kerana kita dipaksa menjual dengan menggunakan dolar.

Semua pembekal - besi, beras, makanan, sayuran – malah apa sahaja yang kita impot dari luar - harganya akan dinaikkan untuk mengimbangi nilai dolar yang jatuh. Negara lain juga tidak mahu mata wang dan ekonomi negara mereka ditarik kebawah oleh kemorosotan nilai dolar. Laku mereka menaikkan harga barangan yang mereka ekspot. Akhirnya barang ini kita beli dengan harga yang semakin mahal.

Satu pekara yang sedang menjerut sistem kapitalis antarabangsa ialah kekurangan bahan bakar petrolium. Setiap hari bahan bakar ini semakin berkurangan. Bahan bakar ini adalah penjana tenaga yang maha penting dalam sistem kapitalis antrabangsa ini. Tanpa bahan bakar ini sistem kapitalis antrabangsa ini akan runtuh.

Apabila harga bahan bakar petrolium naik dipasaran antarabangsa maka tidak dapat tidak harga minyak dalam negara kita akan naik juga. Ini telah dan sedang kita lihat berlaku. Kenaikkan harga bahan bakar petrolium ini akan melibatkan asas ekonomi kapitalis. Tidak ada yang selamat dari bencana yang akan dibawa oleh kekurangan bekalan bahan bakar petrolium ini. Apabila bahan bakar petroilum kurang dipasaran dunia maka semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis akan menghadapi krisis yang maha besar.

Harus kita semua menerima hakikat bahawa bahan harga bakar petrolium ini akan terus naik dari hari ke hari. Ini kerana minyak makin berkurangan. Ini juga bermakna semua harga barangan yang kita lihat hari ini akan terus berubah menjadi lebih tinggi.

Kerajaan pada ketika ini telah mula menjalankan dasar untuk melupuskan subsidi. Ini adalah atas tekanan kaum pemodal tempatan dan juga antarabangsa. Mengikut hujah jahat kaum kapitalis harga barangan tidak perlu disubsidikan kerana ini akan menempangkan pasaran. Untuk kaum kapitalis tuhan mereka ialah pasaran. Pasaran lah yang akan menentukan semua. Yakinlah dalam masa yang terdekat lebih banyak barang akan dinaikan harga. Lebih banyak subsidi akan ditarik kembali. Rakyat Malaysia akan terus menaggung beban harga barang keperluan yang semakin naik dan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Cuba bandingkan harga rumah sekarang berbanding dengan sepuluh tahun yang lepas....

Wednesday, 18 May 2011

Peranan Sistem Kapitalis - Kisah Politik Sejagat

Pada 2 haribulan May yang lalu dunia digemparkan dengan berita Osama Bin Laden mati di bunuh oleh soldadu Amerika. Heboh seluruh dunia. Kematian Osama ini menjadi kempen Jom Heboh Obama.

Semenjak serangan WTC di New York pada 9/11 dahulu, Osama yang mengidap penyakit buah pinggang telah dilaporkan mati beberapa kali. Arwah Benazir Bhutoo ketika menjadi Perdana Menteri Pakistan telah pernah dilaporkan oleh akhbar Guardian London berkata yang Osama telah lama mati. Ini sebelum Benazir sendiri di bunuh mati.

General Hamid Gul bekas pengarah ISI – Inter Services Intelligence ( pasukan risiskan Pakistan) telah dilaporkan beberapa tahun dahulu mensahehklan bahawa Osama telah lama meninggal dunia. Selama sepuluh tahun Osama tidak berkata apa apa – senyap dan sepi. Yang heboh-heboh hanyalah media yang melaporkan aktiviti apa yang mereka panggil pengganas Islam Al-Qaida.

Osama - nama Osama - menjadi jenama untuk menakut-nakutkan rakyat dunia. Osama yang beragama Islam dijadikan ‘hantu’ untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar melihat Islam sebagai musuh.

Dengan bangganya Rumah Puteh telah mengeluarkan berita kematian Osama. Berita awal melaporkan bagaimana pasokan SEAL – komando elit Amerika – datang dengan helikopter telah bertempur dengan pengawal Osama di Abbotabad Pakistan. Laporan media juga berkata Presiden Obama dan ahli kabinetnya terpukau melihat operasi ini secara terus menerus di Rumah Puteh.

Melalui berita awal ini rakyat dunia juga telah di beritahu bahawa Osama telah menggunakan isterinya yang muda dan comel sebagai pelindung.

Esoknya kesah ini bertukar pula. Osama diberitakan tidak bersenjata. Osama dilaporkan tidak menggunakan isterinya sebagai pendiding. Hanya ada seorang pengawal yang bersenjata. Pertempuran hebat itu tidak pernah berlaku. Presiden Barak Obama tidak melihat secara terus menerus tetapi menerima laporan dari pimpinan tentera. Semua propaganda telah kantoi!

Semua menjadi kantoi kerana warga di Abbotabad telah pergi melihat rumah yang dikatakan tempat Osama tinggal. Mereka tidak melihat tembok pecah dan lantai robek. Kesan-kesan peluru juga tidak ternampak. Saheh tidak ada pertempuran.

Kesah dongeng ini cuba dibetulkan oleh Rumah Puteh. Media dunia telah diberi satu gambar yang menunjukkan muka Osama pecah berdarah. Tetapi Rumah Puteh terlupa bahawa hari ini telah wujud internet dan teknoloji komputer gambar. Muka Osama berdarah ini dibuktikan sebagai gambar lama yang telah pernah dikeluarkan oleh Rumah Puteh tiga tahun dahulu.

Rupa-rupanya ini gambar muka Osama luka berdarah telah di photoshop. Ini samalah seperti gambar muka Rosmah Mansor yang montok dan leher yang berlapis-lapis telah dilangsing dan dicunkan. Kalau rakyat Malaysia boleh ketawa apabila melihat muka Rosmah yang di potoshop – bayangkan rakyat dunia lagi ketawa besar apabila melihat kerja bodoh Rumah Puteh.

Kantoi demi kantoi ini menjadikan Obama tertekan. Presiden Obama kini sedang dilihat sebagai Pelawak Hitam – Black Comedian – yang diupah membuat lawak oleh saudagar senjata berkulit puteh. Untuk meneruskan jenakanya si Pelawak Hitam ini telah memberitahu dunia bahawa mayat Osama telah dibuangkan ke dalam laut. Mengikut lojik Obama apabila telah dibuangkan ke laut maka tidak ada dakwa dakwi. Tidak perlu gambar. Tidak perlu DNA. Khalas. Period. Khatam kes Osama Bin Laden. Kes tutup.

Untuk kita yang rasional, sama ada Osama mati bulan dulu atau lima tahun dahulu tidak penting disini. Apa yang jelas peranan Osama untuk menakut-nakutkan dunia telah tamat. Tetapi Al-Qaeda masih dikatakan wujud. Al-Qaeda kini ialah satu jenama sama seperti FaceBook atau Sabun Fab. Jenama ini telah menyerap masuk ke dalam ingatan bersama rakyat dunia. Ini penting untuk kuasa imperial Amerika dan saudagar senjata.

Untuk memahami jenama ini mari kita semua kembali melihat strateji dan taktik kuasa imperial Amerika yang terdahulu. Di zaman Perang Dingin/Cold War diantara blok Amerika dan Russian dahulu – yang dijadikan hantu ialah komunis. Komunis telah digunakan untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar menyokong Amerika yang dikatakan membawa obor kebebasan dan demokrasi.

Rakyat dunia telah ditakut-takutkan dengan mistos ideloji komunis. Untuk orang Islam - komunis telah dikatakan tidak bertuhan. Kaum tani pula telah ditakut-takutkan dengan sistem ekonomi komunis dimana semuanya wajib dikongsi termasuk berkongsi cangkul dan sabit. Jika ini tidak menakutkan kaum tani – dalam sistem komunis dikatakan sang isteri juga akan dikongsi sama.

Ketika Perang Dingin berjalan saudagar senjata dan syarikat gergasi senjata di Amerika Syarikat telah mendapat kontrek yang lumayan dari kerajaan Amerika. Saudagar dan tuan empunya syarikat senjata telah digalakkan untuk mencipta dan mengeluarkan senjata terbaru/tercanggih yang boleh mengalahkan Russia.

Di era ini perlumbaan senjata antara Amerika dan Russia telah dijadikan kuliah wajib oleh media dunia. Khutubah tentang kekuatan senjata Russia ini dijaja ke hulu ke hilir untuk menakut-nakutkan rakyat dunia. Hasilnya : di Eropah banyak negara dipaksa membukakan tanah air mereka untuk dijadikan pengkalan senjata nuklear Amerika.

Pertembongan dua ideloji antara sistem kapitalis dengan sosialis ini telah menjadikan dunia tegang. Amerika terus membuat huru hara. Ketegangan dan huru hara yang berterusan ini amat baik untuk saudagar senjata.

Justeru, di zaman Perang Dingin, Amerika telah menobatkan ramai General untuk mengambil alih kerajaan sebagai langkah menentang komunis. General Pinochet di Chile, General Suharto di Indonesia, General Thanom Kitikachorn di Siam, General Pak Chug Hee di Korea adalah contoh-contoh soldadu yang dinobatkan untuk menjadi kepala negara.

Sebenarnya - keadaan tegang ini adalah cuaca dan suhu yang terbaik untuk saudagar senjata. Senjata-senjata baru terus dicipta. Senjata lama dijualkan kepada negara dunia ketika yang berjaya ditakut-takutkan dengan ‘hantu komunis’. Apabila negara-negara dunia ketiga merasa takut maka tidak dapat tidak mereka akan berpayung di bawah bendera Amerika Syarikat.

Semua ini berubah apabila Tembok Berlin runtuh pada tahun 1998. Dua German – Barat dan Timur – yang dahulunya bermusuh kini bersatu. Russia menjadi lebih demokratik dan mengamalkan sistem kapitalis. China menjadi murtad dimana Parti Komunis China menjadi budak suruhan kepada kaum kapitalis.

Yang lebih menakutkan kaum kapitalis, saudagar dan tuan empunya kilang senjata ialah suasana aman damai dalam dunia ini. Jika dunia aman maka senjata tidak lagi diperlukan. Jika rakyat dunia tidak bergaduh sesama sendiri maka tidak ada negara yang ingin membeli senjata. Kilang senjata dan saudagar senjata tutup kedai. Perang menjadi sejarah.

Justeru, satu strateji baru dieram. Para pemikir yang diupah oleh kaum pemodal telah menimbulkan satu strateji baru. Samuel P. Hutington pada tahun 1992 telah menetaskan apa yang dipanggil Clash of Civilisation – Pembentrokan Tamadun.

Teori ini diwujudkan setelah tamatnya Perang Dingin. Dalam teori ini yang dijadikan musuh dan hantu - yang dilihat sebagai masalah ialah budaya dan tamadun yang berbeza dengan budaya dan tamadun Amerika Syarikat. Kepelbagaian budaya ini tidak dilihat sebagai positif yang mengkayakan dunia tetapi dilihat sebagai masalah.

Justeru Islam telah dinobatkan oleh Samuel P. Hutington sebagai salah satu tamadun dan budaya yang akan membawa masaalah kepada tamadun dan budaya Anglo-Saxon. Maka disini terselitkanya nama Osama bin Ladin.

Sebelum serangan keatas WTC pada 9/11, para pemikir dan pembuat dasar Amerika telah lama bersedia untuk menyerang Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan. Setahun sebelum Iraq diserang pemikir strateji tentera Amerika telah merancang untuk menyerang Iraq. Negara ini menjadi sasaran kerana Iraq adalah negara ke dua yang terbanyak menyimpan bahan bakar minyak petrol sesudah Saudi Arabia.

Justeru, racangan dua buah kapal terbang melanggar WTC bukan satu yang baru. Pada tahun 1962 telah ada perancangan yang dipanggil Operation Northwood. Dalam operasi ini CIA akan melakukan serangan terhadap tempat tempat yang telah dipilih. Serangan mengejut ini akan memeranjatkan rakyat Amerika. Mengikut skrip Operation Northwood , dengan pantas Presiden Amerika akan menuduh Castro dan Cuba sebagai penyerang.

Rakyat Amerika akan dibakar kemarahan. Ketika patriotisma rakyat Amerika tercabar, disaat inilah Cuba akan diserang. Inilah yang berlaku pada 9/11 dahulu. Kerja ‘orang dalam’ ialah melanggar WTC dengan dua buah kapal terbang untuk disaksikan oleh seluruh rakyat Amerika. Ini samalah seperti serangan Perlabuhan Pearl di Hawaii pada 7 Disember 1941 dahulu. Serangan Jepun ini memang digalakan oleh saudagar-saudagar senjata agar Amerika masuk campur dalam Perang Dunia Kedua. Kalau Amerika tak masuk perang maka kilang senjata tidak berfungsi.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa serangan terhadap WTC pada 9/11 itu adalah kerja ‘orang dalam’. Nama Osama dimunculkan sebagai strateji untuk menjadikan Islam sebagai jenama musuh rakyat dunia. Media dan propaganda Amerika telah memuntahkan kepada dunia bahawa Osama ialah penjihad Islam. Islam kini dilihat sebagai musuh baru terhadap kebebasan rakyat dunia.
Strateji Perang Dingin kini telah beralih menjadi Perang Melawan Keganasan – War on Terror. Suasana reda aman damai sesudah runtuhnya Tembok Berlin hanya untuk beberapa tahun sahaja. Kini suasana dunia menjadi tegang kembali.
Kalau di zaman Perang Dingin ada perang di Vietnam, Kamboja dan Laos. Di zaman Perang Melawan Keganasan ini ada perang di Iraq, Afghanistan dan Pakistan. Hakikatnya kilang membuat senjata tidak berhenti henti membuat senjata. Saudagar senjata ketawa terbahak-bahak memasukan duit ke dalam bank. Dan kita jangan jadi bodoh untuk terus bertanya Osama sudah mati atau belum.(TT)
Dipetik dari Blog Tukar Tiub 18 May, sekadar bacaan dan pengetahuan umum

Tuesday, 17 May 2011

Memahami Sistem Kapitalis - Kisah Dua Pulau

Suatu ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga.


Lautan disekeliling pulau mereka amat bersih dan bebas dari pencemaran, dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang juga memberi sumber makanan untuk mereka. Pulau Aya juga mempunyai emas dan kaum Ayan terutamanya wanita amat sukakan perhiasan dari emas. Mereka juga menggunakan kepingan2 emas sebagai wang kerana bagi mereka emas adalah sesuatu yang bernilai. Raja Aya memerintah Pulau Aya dan dialah yang mengawal pengeluaran kepingan2 emas tersebut untuk digunakan sebagai wang. Kaum Ayan hidup saling bantu membantu sesama sendiri dan mereka juga tidak mengenakan riba, faedah atau bunga apabila mereka meminjam wang sesama mereka.

Ada kalanya, Aya dilanda ribut dan ombak besar memusnahkan rumah dan harta mereka, akan tetapi dengan segeranya mereka saling tolong menolong membantu membina dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika tiada ribut, hidup mereka adalah sebuah pulau dengan komuniti masyarakat yang aman dan hidup dengan harmoninya.

Dipulau yang sebuah lagi iaitu Baya yang mana penduduk disitu dipanggil kaum Bayan, ia diketuai oleh seorang pemimpin bernama Tuk Bayan, beliau adalah lelaki berumur yang dihormati dikalangan mereka. Pulau Bayan juga adalah pulau yang subur, kaum Bayan rata2nya adalah pesawah atau pun penternak lembu, kambing dan juga ayam. Sesetengah mereka amat mahir didalam bertukang dan membuat pelbagai barang kegunaan. Mereka juga hidup dengan aman dan saling tolong menolong sesama mereka didalam meneruskan kehidupan.

Kaum Bayan bagaimanapun tidaklah semoden kaum Ayan, mereka hanya bertukar2 barang sesama mereka. Mereka sedar yang pulau mereka tidak sehebat pulau Aya yang lebih kaya malah mereka menganggap pulau Ayan lebih canggih daripada pulau mereka sendiri. Mereka merasakan kaum Ayan bernasib baik dan lebih hebat daripada mereka. Sekali sekala mereka juga bertukar barangan dengan kaum Ayan, mereka tidak tahu apa itu konsep wang. Walaubagaimana pun kaum wanita mereka juga sukakan emas terutamanya barang kemas yang dibuat oleh kaum Ayan.

Pada satu hari, dua lelaki asing Gago dan Mago, yang belayar dengan kapal berlabuh di Pulau Aya. Kaum Ayan yang amat peramah dan baik hati itu menyambut kedatangan dua tetamu mereka itu. Gago dan Mago menceritakan kisah pelayaran mereka yang hebat dan ini mengkagumi kaum Ayan. Mereka juga menunjuk kepada kaum Ayan beberapa wang shiling emas dan wang kertas yang digunakan oleh orang2 ditempat lain.


Kaum Ayan tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini, malahan pada wang kertas itu ada gambar pisang yang juga merupakan buah kegemaran mereka. Gago dan Mago juga menunjukkan kepada mereka mesin pencetak wang kertas, apalagi, ini lantas menarik perhatian kaum Ayan. Mereka amat takjub kerana mereka tidak pernah melihat mesin sebegitu. Kaum Ayan amat meyenangi Gago dan Mago lantas mengajak mereka hidup bersama mereka dipulau itu.

Gago dan Mago kemudiannya meyakinkan kaum Ayan yang sesuatu yang dinamakan bank akan memberi faedah yang amat besar kepada mereka. Gago dan Mago menjelaskan yang bank akan memberikan tempat yang selamat untuk menyimpan wang emas mereka dan pada masa yang yang akan menaik taraf ekonomi dengan membolehkan simpanan itu dipinjamkan kepada orang lain untuk memberi manafaat yang mana jika tidak hanya tersimpan begitu sahaja. Kaum Ayan yang sememangnya suka membantu sesama mereka menganggap itu satu idea yang amat bagus. Gago dan Mago lantas membina sebuah bangunan kecil dengan tempat simpanan selamat dan bermulakan operasi bank yang pertama dipulau Aya.

Mereka meraikan penubuhan bank itu dengan meriahnya. Kaum Aya berpusu2 menyimpan wang emas mereka didalam bank Gago dan Mago. Bagi setiap emas yang disimpan kaum Aya akan diberi sekeping kertas bercetak yang mana mereka boleh gunakan untuk menuntut kembali wang emas mereka.

Kaum Aya amat gembira dengan wang kertas mereka, malah pada wang kertas tersebut terdapat gambar pemimpin mereka Raja Aya, yang mana membuatkan Raja Aya juga bangga dengannya

Sejumlah 100,000 kepingan emas didepositkan oleh kaum Ayan dan sejumlah wang kertas yang sama juga dikeluarkan. Sekarang mereka menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati lebih mudah menggunakannya berbanding kepingan emas yang berat sebelum ini. Wang kertas cetakan Gago dan Mago menjadi salah satunya matawang yang digunakan dipulau Aya. Tiada lagi mereka yang menggunakan kepingan emas.

Kaum Ayan amat gembira kerana dengan mudahnya mereka boleh berurusan sesama mereka. Mereka amat percayakan Gago dan Mago kerana setiap kali mereka memulangkan wang kertas tersebut, kepingan emas mereka dikembalikan semula. Gago dan Mago lama kelamaan menjadi seorang yang dihormati dan dipuji didalam masyarakat pulau Aya.

Cerita mengenai wang kertas di pulau Aya sampai kepengetahuan kaum Bayan dan mereka juga tertarik dengan wang kertas tersebut. Mereka lantas meminta bantuan Gago dan Mago. Dengan tersenyum, Gago dan Mago menyatakan mereka dengan senang hati juga ingin membantu mereka. Mereka kemudian membina bangunan yang sama di pulau Baya untuk digunakan sebagai bank dan Mago menjadi pengurus bank tersebut.

Berbeza dengan pulau Aya, pulau Baya tidak mempunyai emas untuk disimpan oleh kaum Bayan sebagai deposit. Mago menyatakan tidak mengapa, sebaliknya dia akan memberikan 1000 keping wang kertas kepada setiap keluarga di pulau Baya. Disebabkan ada 100 keluarga di Baya maka 100,000 keping wang kertas diedarkan.

Akan tetapi Mago memberi syarat, pada setiap tahun setiap keluarga mesti memulangkan 1100 keping wang tersebut, 10 peratus lebihan tersebut adalah untuk upah perkhidmatan mereka. Kaum Bayan mendapati wang kertas suatu yang ajaib, ia membuatkan urusan perniagaan mereka semakin mudah dan tiada lagi kerenah mencari orang lain yang ingin bertukar barangan dengan mereka. Mereka semakin boleh tumpukan perhatian kepada satu pekerjaan sahaja.

Ekonomi Aya dan Baya semakin berkembang dengan pesatnya, Gago dan Mago membuat keputusan sudah tiba masanya untuk menjalankan tipu muslihat mereka. Gago mendapati pada satu2 masa, hanya 10% sahaja simpanan emas dituntut oleh kaum Ayan, selebih 90% lagi selamat didalam simpanan. Melihat wang kertas cetakan mereka sudah semakin diterimapakai, mereka mencetak lagi sebanyak 900,000 wang kertas. Gago mengira, jika kaum Ayan datang menuntut kembali wang emas mereka, dengan kadar 10% tuntutan pada satu2 masa, 100,000 kepingan emas cukup untuk menampung tuntutan itu.

Gago kemudiannya meminjamkan wang kertas yang dicetak itu kepada penduduk Aya yang memerlukannya dengan kadar faedah 15%. Lama kelamaan kaum Ayan mendapati harga barangan mereka semakin meningkat. Mereka tertanya2 akan tetapi tiada siapa yang tahu mengapa terjadinya demikian. Sesetengah dari mereka yang meminjam wang dari Sago tidak mampu membayar balik pinjaman walaupun mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang yang lebih. Persaingan semakin sengit didalam perniagaan dan masyarakat menjadi semakin kurang prihatin dan tidak lagi ambil peduli kebajikan sesama mereka seperti sebelum ini.

Kaum Bayan juga mendapati perkara yang sama terjadi kepada mereka, pada mulanya mereka tidak nampak harga barangan yang meningkat, akan tetapi mereka perasan akan perubahan dari segi sikap sesama mereka. Mereka terpaksa lebih bersaing dan semakin kurang prihatin sesama mereka. Walaupun terpaksa bekerja keras dan dengan cuba bersaing, sesetengah mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Mereka tidak berjaya mendapat wang yang cukup untuk dipulangkan kepada bank kepunyaan Mago.

Mago mula merampas harta kepunyaan kaum Bayan yang tidak mampu membayar pinjaman seperti tanah dan juga ternakan seperti lembu dan kambing. Tuk Bayan juga antara mereka yang tidak mampu membayar balik akan tetapi Mago memberi pinjaman semula kepada Tuk Bayan dan juga kepada kaum Bayan yang lain yang mana ini menambah lagi hutang mereka. Tuk Bayan kemudian tidak mampu lagi membayar dan Mago membiayainya lagi dengan lebih banyak hutang yang perlu dibayar. Tuk Bayan mula mengelak dari berjumpa dengan Mago, beliau sungguh malu malah kuasa, keberanian dan kehormatan yang dimilikinya dahulu semakin hilang. Tuk Bayan sebaliknya mendapati Mago menjadi semakin kaya dengan mengambil harta kaumnya. Malah beliau merasakan kuasa, keberanian dan juga kehormatan yang dipunyainya dahulu sekarang beralih kepada Mago.

Selepas beberapa tahun, Gago dan Mago yang dahulunya berlabuh dipantai pulau Aya dengan hanya mesin pencetak, sekarang adalah tuan punya kebanyakan tanah dan harta dikedua2 pulau Aya dan Baya. Penduduk pulau tersebut sekarang hanya menjadi pekerja dan hidup didalam kemiskinan. Mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung hidup yang semakin sukar. Semakin kurang masa untuk bersama keluarga, rakan2 malahan untuk beribadat. Masalah sosial semakin berleluasa, manusia semakin tidak pedulikan manusia yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi dengan kemiskinan, penyakit sosial lain seperti kecurian, rompakan, pelacuran juga semakin meningkat. Begitu juga dengan alam sekitar mereka yang dahulunya bersih sekarang sudah tercemar akibat aktiviti penduduk Aya dan Baya sendiri yang terpaksa mengekspoitasi sumber alam untuk membayar hutang2 mereka.

Cara hidup mereka sikit demi sedikit berubah kerana Gago dan Mago memperkenalkan budaya "hebat" olahan masyarakat "hebat" dari mana mereka berasal. Inilah penghujung budaya prihatin dan penyayang masyarakat pulau Aya dan Baya yang hidup dengan aman dan prihatin sebelum Gago dan Mago datang dengan mesin pencetak.

Gago dan Mago tidak berhenti disitu, mereka terus menyebarkan pengaruh mereka manusia dan masyarakat lain. Impian utama mereka adalah untuk menjadi raja yang memerintah dunia dengan mewujudkan satu sistem perbankan dengan satu sistem kewangan global.


Kita boleh menganggap, berdasarkan perumpamaan diatas, dibawah sistem kewangan antarabangsa, kejadian yang berlaku diatas adalah apa yang berlaku pada negara2 membangun diserata dunia termasuklah negara kita Malaysia.

1. Inilah cara bagaimana wang dicipta dibawah sistem perbankan semasa. Jika keperluan simpanan disyaratkan adalah 10% maka dengan simpanan sebanyak 100,000, maka jumlah pinjaman yang boleh diberikan adalah sebanyak 1,000,000 (100,000/0.1).

2. Lebih mudah untuk melihat permasalahan diatas dengan formula untuk pertukaran yang mana MV = PY
Didalam contoh diatas, dengan bertambahkan wang didalam kitaran M tanpa bertambahnya dengan kadar yang sama akan jumlah barangan atau perkhidmatan Y, paras harga P akan meningkat (dengan anggapan kadar kitaran, V, kekal tidak berubah).

3. Pinjaman (bercampur dengan bunga/faedah) tidak akan habis dibayar kerana bunga/faedah tersebut tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan faedah 15% dari 900,000 iaitu 135,000, jadi jumlah yang perlu dibayar adalah 1,035,000 tetapi hanya 1,000,000 wang yang wujud didalam sistem, maka ketidak bolehan membayar balik memang tersedia didalam sistem tersebut.

4. Disebabkan wang faedah/bunga yang dikenakan tidak wujud didalam sistem itu maka persaingan untuk mengaut wang sedia berlaku, ini dapat dilihat dalam persaingan didalam perniagaan. Sikap manusia secara keseluruhan juga berubah dan lebih mementingkan diri sendiri.

5. Disebabkan tiada wang yang cukup untuk membayar keseluruhan hutang didalam sistem, akan terdapat mereka yang tidak dapat membayar hutang (bankrup/harta dirampas/rumah dilelong).

6. Bayangkan jika anda meminjam Rm10,000 dari rakan anda, apakah kelakuan anda terhadap rakan anda itu tidak berubah, contohnya apabila terserempak dijalanan? Lebih2 lagi apabila tempoh masa pinjaman yang anda persetujui sebelum ini sudah terlewat?

Kredit kepada Prof Ahamed Kameel Mydin Meera untuk bukunya "The Theft Of Nation - Returning to Gold"

Sunday, 15 May 2011

Kini Aku Sendiri Lagi...

Lirik Lagu Dahlan Zainuddin - SENDIRI LAGI
(My Favourite song before married)
















Sendiri, Kini aku sendiri lagi
Entah susah entah hati pedih, Tak peduli
















Sendiri, Mungkin lebih baik begini
Tak peduli apa kata hati
















Biarkan, Di mana pun aku berada
Jangan datang atau kirim salam, Tanda cinta
















Ku tutup, Mata dan hati untuk cinta
Kerana antara dikau dan aku
Telah terlarang, Parah cinta
















( korus 1 )
Masih terbayang dalam ingatan ku
Waktu ku mengambil keputusan ku
Kau pergi dengan wajah penuh duka
Kau bisikkan kau tetap menyinta
















Sendiri, Berteman pedih dan airmata
Bercumbu dengan duka nestapa, Dan merana
















Mengapa, Harus terlambat kita berjumpa
Demikian pernah kau ucapkan, Dengan derai airmata
















( korus 2 )
Dulu segalanya indah bercahaya
Kini hamba pujaan tiada warna
Dahulu penuh manja tawar dia
Kini bisu membeku dan sedih
Lara ! Oh sendiri !
Oh sendiri ! Sendiri…