Friday 6 May 2011

Dah Lama Aku Bekerja Rupanya......

Januari 2011, maka genaplah dua puluh tahun pengalaman aku sebagai Jurutera Awam (Civil Engineer). Dalam tempoh tersebut aku telah menimba pengalaman bekerja di pejabat Konsultansi, pembinaan dan pengurusan projek dan perrnah bekerja di bawah ketua pelbagai bangsa dan warganegara. Aku pernah bekerja di bawah ketua berbangsa Melayu, Cina, Amerika, British, Syria, Iran, Thailand, Afrika Selatan, Australia dan Jerman. Masing-masing mempunyai stail, gaya dan kepakaran tersendiri. Secara keseluruhannya ketua berbangsa "Mat Salleh" lebih professional, manakala yang susah bekerja adalah ketua berbangsa Arab dan Malaysia. Ketua berbangsa Arab banyak mulut dan suka menyalahkan orang lain manakala ketua berbangsa "Malaysia" banyak prejudis dan agenda peribadi.

Sepanjang sepuluh tahun pertama, aku telah terlibat dalam kerja-kerja Infrastruktur berskala besar seperti Lebuhraya Utara Selatan, LRT Lembah Kelang, Jambatan Kedua penghubung Johor dan Singapapura, Bandaraya Nusa Jaya dan Hospital Sungai Buloh. Manakala dalam masa lima tahun kedua, aku telah berpeluang untuk terlibat dalam pembangunan rumah rakyat (Affordable Housing Program) di beberapa buah negara di Afrika. Sementara lima tahun yang kedua aku berpeluang bekerja di Timur tengah, iaitu di UAE dan Saudi Arabia.

Pejabat Di Saudia Arabia - Sekarang

Projek di Dubai & Abu Dhabi (UAE)

Projek Perumahan di Bangkok, Thailand 

Projek Perumahan di Ankara, Turki

Projek Perumahan di Benfica, Angola

Projek Perumahan Di Dakkar, Senegal

Pejabat Utama di The Mines, Seri Kembangan

4 comments:

  1. gambar abah kan drpd gemuk ke kurus..
    hahaha

    ReplyDelete
  2. bangga Nal saya melihat anak melayu ( Jawa pun Melayu Nal! ) yang betul2 sudah International...:-)

    Syabas...~!

    ReplyDelete
  3. Cik Inal, kami berbincang tentang intipati perenggan pertama tulisan Cik Inal. Azrin setuju sangat pendapat cik Inal kerja dengan Pak Arab sukar berbanding dengan Mat salleh. Sebenarnya Azrin pun dah rasa penatnya bekerja dlm sektor pembinaan...........tapi itu saja bidang yang dia tahu.....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada Pp dan anak saudaraku Norani. Dengan adanya blok kita boleh menghimpunkan segala pengalaman dan catatan minda untuk tatapan bersama. Kalau tak Nora pun tak tahu Cik Nal pernah masuk lokap di tempat orang.....

    ReplyDelete