Sunday 8 May 2011

Kisah Seorang Guru Besar

Bahagian Pertama…..
Zainal, guru besar nak jumpa awak teriak cikgu Khamsiah apabila sampai di hadapanku. Bila cikgu, jawabku ringkas. Sekarang jugak jawabnya pantas. Ada apa cikgu. Nanti awak tahulah sendiri, dengan lembut cikgu Khamsiah membalas pertanyaanku. Ku lihat jam di dinding kelas 3P1 menunjuk kan jam 11.35 pagi. Ada apa guru besar nak jumpa ya, gerutuku dengan penuh tanda tanya. Suasana di dalam kelas agak riuh rendah masa tu sementara menunggu cikgu Hamzah yang sepatutnya mengajar mata pelajaran Agama sampai. cikgu Hamzah lulusan BA dari Timur Tengah kerap tidak hadir mengajar disebabkan kesibukkannya sebagai orang politik di Bahagian Solok Gading.
Sekarang ya Zainal, cikgu ada kelas ni, geromal cikgu Khamsiah sambil melangkah keluar kelas 3P1. Yazid Sarkom, rakan sebelah mejaku hanya melanggu sambil memerhati cikgu Khamsiah berjalan keluar. Sulaiman yang duduk di belakangku lantas meluru kepadaku sambil bertanya, kau buat salah ke Nal. Aku hanya mampu menggelengkan kepala.
Ketika itu di awal tahun 80an aku berada di Tingkatan 3P1 di salah sebuah sekolah luar Bandar di BP. Ada dua aliran pada ketika itu iaitu kelas Perusahan (P) dan Pertanian (T). Setiap aliran mempunyai 4 kelas iaitu P1 sehingga P4, begitu juga sebaliknya  bagi aliran Pertanian. Secara puratanya ada lebih kurang 8 kelas dengan anggaran murid seramai 200 orang untuk tingkatan tiga sahaja. Guru kelasku ialah cikgu Zainal, sama nama denganku. Beliau dikenali juga sebagai cikgu Zainal panjang disebabkan oleh ketinggiannya yang melebihi dari orang lain.
Ketika aku sampai di bilik guru besar, beliau sedang bercakap sesuatu dengan dua orang pelajar perempuan. Salah seorang daripadanya memang cukup ku kenali iaitu Arisah rakan kelasku sendiri, manakala yang seorang lagi tidak ku kenal sebab ia dari kelas lain. GB lantas bertanya kepadaku, mengapa awak lambat. Saya baru je tahu cikgu, jawab ku dengan agak terketar-ketar. Awak tu memang macam tu banyak sangat dengan masalah, balas GB tanpa memandangku.
GB meneruskan syarahannya semula kepada dua pelajar perempuan di hadapannya setelah mempersilakan aku duduk di bahagian sisi Arisah. Cikgu cukup berbangga dengan pencapaian kamu berdua. Kamu berdua telah menaikkan nama sekolah kita. Kamu berdua akan menjadi contoh kepada murid-murid lain di sekolah ni. Cikgu akan pastikan gambar kamu menerima hadiah di tampal di papan kenyataan sekolah untuk menjadi dorongan kepada murid-murid yang lain. Dan syarahan seterusnya dengan panjang lebar yang telah aku lupa akan butirannya. Esok kamu kena berpakaian sekolah yang kemas dan sampai ke Pejabat Pendidikan BP sebelum pukul 8 pagi sebab majlis akan bermula pukul 8.30 pagi jelas GB lagi kepada mereka berdua. Macam mana awak pergi esok, tanya GB. Ayah akan hantar, serentak mereka menjawab.
Setelah mereka berdua keluar, aku yang masih tidak faham hujung pangkal terus bertanya kepada GB, apa kesalahan saya cikgu. Ehh awak tak tahu ker, mana surat yang saya bagi semalam, gerutu GB. Aku hanya menjawab yang aku tidak menerima apa-apa surat dari guru besar semalam. Awak ni memang banyak masalah, katanya. Seterusnya GB menjelaskan yang esok adalah hari penyampaian hadiah peraduan karangan sempena hari dadah sedunia peringkat sekolah-sekolah Daerah BP kategori bawah 18 tahun dan 15 tahun. Aku adalah salah seorang pemenang dalam kategori bawah 15 tahun, tegasnya. Isi dah cukup bagus tetapi banyak ejaan awak yang tersilap sambung GB yang merupakan guru bahasa melayu sebelum menjadi guru besar. Kalau tak awak boleh jadi juara. Awak tak pandai nak menaikkan nama sekolah, sambungnya lagi. Aku hanya diam membatu dengan bebelan seterusnya dari GB. Esok macam mana awak pergi, tanya GB semula. Saya akan naik bas dari PR cikgu. Tak boleh, awak kena naik teksi esok, takut tak sampai sebelum pukul 8 pagi. Dalam hatiku berkata, mana nak cari lima ringgit nak bayar tambang teksi esok.
Sebentar lagi akan diumumkan pemenang peraduan karangan sempena hari dadah sedunia peringkat sekolah-sekolah daerah BP bagi kategori bawah 15 tahun, juruacara memulakan ucapan selepas habis ucapan pembukaan dari Pegawai Pendidikan Daerah. Pemenang saguhati pertama ialah Arisah T dari sekolah STMI…….Semua hadirin bertepuk tangan dan seterusnya Arisah naik ke pentas dan menerima sekeping kertas bergulung dan satu sampul surat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah BP. Pemenang saguhati kedua ialah  Rafidah K juga dari STMI…dan Rafidah naik ke pentas untuk menerima hadiah yang sama. Arisah dan Rafidah Nampak anggun dengan pakaian seragam sekolah, iaitu baju kurung putih dan kain hijau yang digosok kemas. Sememangnya mereka berdua agak terkenal di sekolah kerana mempunyai paras rupa yang cun dan lawa. Ketika turun dari pentas mereka disambut dengan peluk cium dari kedua ibu bapa masing-masing.
Seterusnya pemenang tempat kedua dengan sijil penghargaan dan wang tunai 50 ringgit dimenangi oleh  Zainal S dari STMI…..dan dewan gegak gempita dengan tepuk tangan hadirin. Aku melangkah ke pentas dengan selamba dok disebabkan masih lagi terngiang-ngiang leteran GB semalam. Ketika turun dari pentas, aku hanya disambut oleh cikgu Khamsiah, tetapi bukan dengan peluk cium seperti yang diterima oleh Arisah dan Rafidah. Cuma jabat tangan dari cikgu Khamsiah. Secara keseluruhan nya tempat pertama, kedua dan ketiga menerima sekeping sijil penghargaan dan wang tunai 80, 50 dan 30 ringgit masing-masing. Empat hadiah saguhati seterusnya menerima sekeping sijil dan wang tunai 10 ringgit yang diberikan dalam satu sampul surat.
Tahniah Zainal, ucapan yang kuterima dari cikgu Khamsiah. Kenapa awak macam tak ceria jer, sambung cikgu Khamsiah lagi. Aku masih lagi membisu. Awak patut bergembira sebab bukan calang-calang orang dari sekolah kita yang jauh dari Bandar untuk mendapat tiga tempat pertama, lebih-lebih awak yang hanya orang kampong. Tengok tadi pemenang pertama dari sekolah SDBL dari Bandar BP. Arisah dan Rafidah yang bapa dia cikgu pun hanya dapat hadiah saguhati aje, sambung cikgu Khamsiah lagi member semangat kepadaku. Kenapa awak tak ceria Zainal, getusnya lagi. Saya tak gembira sebab GB teruk belasah saya semalam cikgu, balasku selamba dok. GB tu memang macam tu, gataaaaal, sambung cikgu Khamsiah lagi.
Macam mana awak datang tadi, tanya cikgu Khamsiah. Abang saya hantar naik motor pinjam cikgu, balas ku. Kesiannya awak. Biar cikgu hantar awak balik dengan kereta, suruh abang awak balik dulu. Pesan kat dia bawa motor tu hati-hati sebab banyak lori balak kat jalan besar tu. Ehh, mana cikgu ada kereta, selalunya cikgu tumpang kereta cikgu gondrong, balasku merujuk kepada cikgu Hashim yang berambut gondrong dan ada iras-iras Herman Tino. Ohh awak tak tahu lagi rupanya, cikgu baru beli kereta Daihatsu Charade second hand, balasnya tersengih. Tapi sebelum tu cikgu nak belanja awak makan dulu. Awak nak makan apa, tanya cikgu Khamsiah dengan senyum simpul. Nampak lawa rupanya cikgu Khamsiah bila senyum simpul macam tu. Saya nak makan mee mandung muar dan sate hj Noor dan sirap bandung, cikgu. Mana ada mee bandung muar kat BP ni…satu lagi sate hj Noor tu cuma ada kat PR jer, cik abang oiiii, balas cikgu Khamsiah sambil mencubit tanganku agak manja.
Seterusnya cikgu Khamsiah memimpin tanganku sambil menuju ke kereta Daihatsu Charade kepunyannya yang di letakkan agak jauh dari bagunan dewan……. 
Bersambung ke bahagian dua….

4 comments:

  1. Teringat beberapa watak di STMI...
    1)uztaz Hamzah, yg pernah jadi ADUN Parit Raja....isterinya, arwah uztazah Zainun ,kawan baik mak.
    2) Cikgu khamsiah, hitam manis, tinggi lampai, mata juling tapi menawan , rambutnya panjang........pakaiannya, ranggi dan agak seksi...zaman dulu cikgu2 bermidi/mini skirt perkara biasa.
    3) Yazid Sarkom, kawan baik cik inal, yang kita
    selalu kacau masa kecik2, dulu pemalu dan pendiam, kali terakhir cerita dua tahun lepas dia jadi pengarah bangunan MPAJ..rumahnya masuk
    majalah Impiana.
    Dan yg paling tak disangka2 cikgu khamsiah yang selalu jadi siulan budak2 nakal tu pernah memimpin tangan cik Inal...hahaha...dah besar masa tu, dah 15 tahun....
    sambungannya ya......

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, sambungannya dalam masa beberapa hari lagi untuk mengekalkan "kesuspenan" cerita sebenar diatas. Ada orang yg akan menitiskan air mata pada sambungan kedua, termasuk Nora, cayalahhh.....

    Siapa yer agaknya nama guru besar yang berkepala agak botak dan perut gendut masa zaman tu lagi...Spek dia pun agak tebal, hehehe.

    ReplyDelete
  3. Watak-watak yang lainnya....

    Arisah sepuluh tahun lepas adalah seorang guru, Sekarang tak tahu perkembangan.

    Rafidah telah berpindah mengikut bapanya tak lama selepas tu, tak sempat ambik SRP di STMI.

    Sulaiman bercita-cita nak jadi Polis walaupun kecik jer orangnya. 20 tahun lepas jumpa dia sebagai Pegawai Bomba. Mungkin sekarang dah pangkat Pengarah kot.

    Daihatsu Charade hatchback adalah keta paling sporty pada masa tu selain Mazda 323.

    Sate Hj Noor amat terkenal dipasar malam atau panggung wayang bergerak pada masa tu....

    ReplyDelete
  4. yang tak tahannya baca cik gu khamsiah pimpin tangan cik inal tu.....

    ReplyDelete