Saturday 14 May 2011

Kunjungan ke Rumah Blogger Bakpo

Semalam 13hb May 2011, saya telah berpeluang untuk bertandang ke rumah Tuan Haji Ariffin Mamat, Director Corporate Organization & Knowledge Development, National Prawn Company (NPC) sempena perpindahan beliau ke rumah baru di Jeddah. Beliau lebih dikenali sebagai blogger Pp dengan blog terkenal nya, Bakpo.
Haji Zainal bersama Pp di atas bumbung rumah baru Pp

Turut bersama-sama dalam rombongan tersebut ialah Tuan Haji Zarir, Haji Zuraimi dan Tuan Haji Nasir, rakan sekerja dari NPC dan Tuan Haji Kamel, Pengarah Project Jeddah Recycle City yang merupakan rakan rapat Pp. Turut hadir secara kebetulan ialah blogger Mamashita, kenalan kepada keluarga Pp yang kebetulan sedang menunaikan umrah di Mekah.
Pp dan Kak Aishah bersama-sama tetamu beliau

Dalam pertemuan tersebut, kami amat berbesar hati kepada tuan rumah Pp dan Kak Aishah yang telah sudi menyediakan jamuan makan tengahari dengan pelbagai lauk pauk seperti ketam masak lomak, ayam masak asam Portugis, ikan kerapu masak 3 rasa, ikan kembung goreng garing, ikan kering dan berbagai ulam spt terung, bendir, kacang panjang dan timun beserta sambal belacan.
Hidangan makan tengahari yang sungguh menyelerakan 

Kami menikmati jamuan makan tengahari selepas menunaikan sembahyang Jumaat di masjid berdekatan. Hidangan ala kampung yang cukup menyelerakan membuatkan kami terlupa sebentar kepada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan di Malaysia.
Haji Zainal terlena kekenyangan

Haji Zuraimi juga terlalu lena akibat terlebih kekenyangan


Kak Aishah juga telah berbesar hati untuk membekalkan sedikit hidangan untuk dibawa pulang supaya dapat dikongsi dengan Tuan Haji Bahrin yang tidak dapat hadir bersama-sama dalam majlis pertemuan tersebut disebabkan oleh bebanan tugas yang tiada berkesudahan.
Semuga Kak Aishah dan Pp dimurahkan rezeki dan bertambah budiman

Sebelum berangkat pulang, saya telah membisikkan kepada Kak Aishah yang saya akan bertandang semula ke rumah beliau bersama isteri dan anak-anak yang akan berkunjung ke Jeddah pada cuti persekolahan bulan Jun nanti. InsyaAllah.

Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Tuan Haji ariffin dan Kak Aishah, semuga dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Tahniah juga diucapkan kepada mereka berdua yang akan bertemu bakal besan pada bulan Julai nanti. 

2 comments:

  1. Tuan Haji Zainal :-) (yang semakin awet muda sejak berada di padang pasir),

    it was our pleasure to have u and our other friends over as our guests. Rumah kami sentiasa terbuka untuk kalian...:-)

    bakpo bubuh gambar atah bumbung tuh...mata sepet sebab matahari terlalu panas terik...huhuhu.

    ReplyDelete
  2. betulke semakin muda sejak dipadang pasir...? wahhh, moga 'muda' itu tidak disalahguna.

    ReplyDelete